You were trapped into The L I M A Z A W :) | Sayang Kami | Insaf Diri |
T-H-E--L-I-M-A-Z-A-W






Perpisahan ...
02 June, 2012 | 4:15 PM | 0 Waiting For The Moon

Perpisahan membuatkan kita menghargai seseorang…
Perpisahan menunjukkan tiada yang kekal abadi…
Perpisahan mengajar erti kesabaran….
Perpisahan mendekatkan diri pada Tuhan….
 
Itulah antara hikmah perpisahan….
Jika diturutkan kehendak hati..ingin “ditahan” perpisahan itu…
Namun….perpisahan dapat menambahkan rasa sayang dan kerinduan…
Perpisahan ini jua bukanlah bertujuan melarikan..Cuma ingin menyaksikan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang…bersangka baiklah dengan Tuhan….
 
Perpisahan dalam persahabatan..kerana masing-masing mengorak laluan untuk menuntut ilmu dan meneruskan kehidupan….tiada pertemuan tanpa perpisahan di dunia ini…
Perpisahan membuatkan kita saling menghargai…sering membuatkan kita merindui dan ingin mendoakan…
 
 
Berpisah tidak bermaksud memutuskan silaturrahim….berpisah juga bukanlah tanda melupakan…berpisah kerana Tuhan,kerana dasarnya pertemuan juga tercipta keranaNya….moga-moga tiap-tiap perpisahan membuatkan aku mensyukuri pertemuan…walaupun pertemuan yang singkat…..pertemuan yang mampu mendekatkan aku dengan Tuhan…..dan hakikatnya aku terlalu menginginkan pertemuan dengan “orang Tuhan “ yang sentiasa memandu kearah redha Tuhan…..
 
Salam sayang ini aku inginkan tujukan pada setiap insan yang sering bersamaku…yang sudi menjadi temanku….moga-moga berkat kesabaran dan keredhaan kita melalui perpisahan ini menguatkan hubungan kita dengan Tuhan pencipta sekalian alam…dan mengeratkan hubungan kita yang telah dibina…..InsyaAllah… 
 
Nafisah, we miss you a lot. Come, visit us in Serting again, ok? (◕︵◕) 
 
Bye bye, Aleeza. Nanti duduk Sabah jangan lupa kitorang. Wuuu ~  (╥﹏╥) Jauhnya seberang laut. Susah kitorang nak berenang...



Credit : Syamimi Zaini

OLD / NEW